entiti

membaca menambahkan pengetahuan,
berdiskusi mematangkan diri,
beramal membentuk diri agar lebih sempurna....
perlahan-perlahan kayuh

Thursday, January 27, 2011

mereka adalah kita

Mat rempit…

Seperkara yang wajar diketahui, bahawa mat rempit bukanlah satu persatuan, kelab mahupun pertubuhan NGO, tetapi mat rempit merujuk kepada individu yang melakukan salah laku lumba haram dijalan raya. Hal ini kerana, tiada sebarang pendaftaran keahlian dikenakan keatas mana2 individu yang bergelar mat rempit. Dengan erti kata lain, setiap individu yang memiliki motosikal mempunyai kebarangkalian untuk menjadi mat rempit, dan kebarangkalian itu menjadi realiti sekiranya pemilik motosikal itu melibatkan diri dalam aktiviti lumba haram antaranya.

Isu mat rempit perlu diihat dari konteks anak bangsa. Umum mengetahui, hamper 99% mat2 rempit merupakan bangsa melayu khususnya. Secara tidak langsung, ia akan memberi implikasi negatif kepada negara dalam memanifistasikan modal insan untuk menerajui negara kelak. Persoalannya, kepada siapakah pemasalahan ini perlu ditujukan ? Wajarkah ibubapa itu dipersalahkan sepenuhnya, ataupun sistem pendidikan negara yang tidak relevan dalam membentuk seorang pelajar mengikut peredaran zaman dan mungkinkah disebabkan persekitaran yang sering dimomokkan dengan budaya2 yang kotor.

Suka saya untuk mengajak kalian untuk berfikir sejenak akan pembikinan filem Remp-it dan Bohsia yang disajikan kepada masyarakat baru-baru ini. Pada dasarnya, objektif utama penghasilan filem2 sedemikian itu sungguh murni dan wajar dipuji. Hal ini kerana, filem2 tersebut dikatakan mampu memberi kesedaran kepada remaja2 akan kesan buruk dari tindakan mereka itu. Tetapi, hingga kesaat ini tiada sebarang penurunan kadar jenayah ditunjukkan meskipun keuntungan RM 4.2 juta telah berjaya dikumpulkan. Apakah yang boleh disimpulkan ? Berfikirlah secara logik, masakan dengan hanya menonton filem selama 2 jam mampu mengubah diri individu itu. Berpijaklah di bumi yang nyata.
Pemasalah golongan remaja kini semakin kritikal, mat rempit, minah tersepit, mat dadah dan minah dedah sudah menjadi rencah dalam sosial masyarakat kita. Apa maksudnya akan semua ini ?
Lu pikirlah sendiri !!! - Ahmad Nabil Ahmad, Johan Raja Lawak.

No comments:

Post a Comment