entiti

membaca menambahkan pengetahuan,
berdiskusi mematangkan diri,
beramal membentuk diri agar lebih sempurna....
perlahan-perlahan kayuh

Thursday, January 27, 2011

mahasiswa dan assignment

Pada hemat saya, tindakan para pelajar melakukan sesuatu tugasan yang diberi oleh pensyarah samada pada awal waktu mahupun sebaliknya adalah isu peribadi pelajar itu sendiri. Mungkin ada yang berpendapat, bahawa setiap pelajar khususnya di institusi pengajian tinggi mempunyai gaya dan corak pembelajarannya masing-masing. Dengan nada yang berbeza, mereka lebih berasa selesa untuk mengatur ‘plan’ pembelajaran sendiri tanpa terkongkong dengan mana-mana jadual belajar.

Pada pemerhatian saya, rata-rata pelajar lebih gemar untuk melakukan tugasan kerja pada saat-saat akhir dengan memberi alasan memerlukan waktu yang sesuai untuk melaksanakannya. Dalam masa yang sama, mempunyai kerja sampingan yang perlu didahulukan turut dijadikan helah oleh pelajar-pelajar yang sering bertangguh kerja ini. Sudah terang lagi bersuluh, hampir 90 % hasil tugasan kerja yang dilakukan pada saat-saat akhir didapati kurang berkualiti dan tidak kemas. Hal ini kerana, pelajar-pelajar berkenaan dipercayai akan melakukan tugasan yang diberi dengan sambil lewa kerana kesuntukan masa. Paling mengecewakan, adakalanya pelajar tersebut turut tersasar akan tarikh penghantaran tugasan yang telah ditetapkan oleh pensyarah.

Gejala kurang sihat segelintir pelajar yang menciplak hasil tugasan kerja rakan-rakan merupakan jalan singkat yang kerap diambil oleh pelajar yang melakukan tugasan pada saat-saat akhir. Atitud sedemikian tidak wajar dilakukan dalam kalangan pelajar. Hal ini demikian kerana, pelajar-pelajar yang melakukan plagiat terhadap hasil kerja rakan-rakan tidak mendapat sebarang hasil yang positif daripada tugasan kerja yang diberikan. Mungkin tanpa disedari, tindakan kurang bijak yang diamalkan ini akan memberi implikasi negatif dalam peringkat jangka masa panjang kelak. Sebagai contoh, pelajar sedemikian sering kali menghadapi masalah ditempat kerja disebabkan tidak begitu mahir untuk melaksanakan tugasan yang diberi oleh majikan.

Umum mengetahui, bahawa tindakan melaksanakan tugasan yang diberi pada saat-saat akhir hanya mengundang kesan buruk terhadap diri sendiri. Sehubungan itu, para pelajar disarankan agar lebih cerdik dalam mengatur masa untuk melaksanakan tugasan kerja yang dipertanggungjawabkan. First thing first..

1 comment:

  1. setuju dengan kenyataan saudara...Pelajar dari golongan bijakpandai sendiri tidak mahir dalam pengurusan masa dan "kepandaiannya" adalah mungkin kerana plagiat hasil assignment org lain...

    ReplyDelete