entiti

membaca menambahkan pengetahuan,
berdiskusi mematangkan diri,
beramal membentuk diri agar lebih sempurna....
perlahan-perlahan kayuh

Saturday, February 5, 2011

dinasour : wujudkah ?

Benarkah dinasour itu wujud ? persoalan yang sering bermain difkiran sejak dibangku sekolah lagi. Jika bertanya kepada rakan-rakan. Rata-rata diantara mereka pasti akan menyatakan bahawa dinasour sememangnya wujud pada zaman lampau. Justeru, untuk tidak berfikir panjang, fakta yang menyatakan bahawa dinasour pernah hidup dimuka bumi ini diterima bulat-bulat.

Kali ini, persoalan itu timbul kembali tetapi pada situasi yang berbeza. Jika 10 tahun dahulu, diri ini sekadar menerima sahaja kata-kata rakan tanpa sebarang bukti kukuh akan kewujudan dinasour itu. kebetulan, subjek geologi yang diambil pada semester ini akan membincangkan mengenai pembentukan batu dan mineral selain turut membincangkan kewujudan alam semestar. Tertarik pada awal kuliah akan subjek ini, dimana pensyarah subjek tersebut mula membuka cerita akan pembentukan bumi ciptaan Allah ini. Berdasarkan teori saintis barat, bumi dikata terbentuk daripada proses ‘big bang’ yang berlaku jutaan tahun dahulu.

Proses ‘big bang’ menghasilkan habuk-habuk kecil yang kemudian bercantum diantara satu sama lain membentuk bumi antaranya. Proses pencantuman habuk-habuk ini juga mengambil masa yang begitu lama. Secara perkiraan kasar, bumi dikatakan terbentuk 4.5 billion tahun yang lalu. Satu jangka masa yang tidak tercapai dipemikiran manusia. Lebih menarik, saintis barat juga turut menyatakan bahawa alam semester telah terbentang sejak 14 billion tahun lampau. Bertanya dalam diri ini, apakah kaedah yang digunakan oleh mereka dalam menentu ukur jangka masa tersebut ?
Dalam kuliah yang disampaikan oleh Dr Edy, pensyarah Geologi UTM, beliau sempat menyatakan bahawa dinasour pernah wujud pada 65 juta tahun dahulu. Diri ini yang mendengar fakta yang dikeluarkan oleh Dr Edy semakin teruja untuk mengetahui dengan lebih lanjut akan kesahihah cerita itu. Dalam masa yang sama, beberapa persoalan berlegar-legar dalam kotak minda bagi diajukan kepada pensyarah berkaca mata itu.

Antara soalan :
1.apakah bukti akan kewujudan dinasour di muka bumi ini ?
2. jikalau benarlah dinasour itu wujud, adakah ia wujud sezaman dengan manusia ?
3. kenapakah boleh berlakunya kepupusan dinasour dimuka bumi ?

Peluang untuk bertanya secara peribadi diperolehi pada akhir kuliah itu. Tanpa berfikir panjang, dii ini memberanikan diri untuk mengajukan ketiga-tiga soalan tersebut kepada Dr Edy bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Jawapan yang diberikan oleh Dr Edy :
1.benar, dinasour pernah wujud dimuka bumi ini, dan buktinya boleh dilihat di muzium of London dimana pakar arkeololgi telah menjumpai rangka-rangka yang dikatakan dinasour disimpan di situ.
2.dinasour dan manusia tidak hidup pada zaman yang sama, tetapi dinasour dipercayai wujud terlebih dahulu sebelum manusia.
3.ada dua faktor kenapa dinasour pupus, pertama disebakan perlanggran meteor dengan lapisan ozon bumi menyebabkan pembentukan lubang-lubang yang begitu besar pada lapisan ozon hingga menyebabkan peningkatan suhu bumi yang terlalu tinggi. Dalam masa yang sama, meteor-meteor itu turut mengentam permukaan bumi. Kedua disebabkan berlakunya letusan gunung berapi yang sangat kerap.

Menarik akan jawapan-jawapan yang diberikan oleh Dr Edy. Diri ini pulang dengan jawapan yang masih terngiang-ngiang ditelinga. Percaya atau sebaliknya, bagaimana dengan anda?

No comments:

Post a Comment