entiti

membaca menambahkan pengetahuan,
berdiskusi mematangkan diri,
beramal membentuk diri agar lebih sempurna....
perlahan-perlahan kayuh

Thursday, February 17, 2011

sinar baru bola sepak malaysia

Aksi bertenaga dipamerkan pemain Harimau Malaya
Malam penuh dramatik untuk 27 juta rakyat Malaysia semasa menyaksikan perlawanan persahabatan dimana Malaysia menanti kunjungan Hong Kong di stadium Shah Alam kelmarin. Ternyata kemenangan anak buah K Rajagobal pada piala AFF Suzuki pada hujung tahun lalu bukanlah disebabkan faktor nasib mahupun bantuan pancaran laser semata-mata.

Barisan pemain Malaysia yang dikemudi oleh Safiq Rahim kelihatan penuh bertenaga untuk melancarkan serangan ke kubu pasukan lawan seawal wisel perlawanan lagi. Rembatan Safee sali pada minit ke-13, berjaya ditepis Yap Hung Fai dan terkena tiang. Kelihatan penaga gol hong kong itu seperti sudah menduga arah tuju rembaan bola Minit ke-24. Ahmad Fakir Sarani yang digandingkan bersama safee Sali dibahagian serangan ternyata meberi impak besar, apabila pula hampir menewaskan kubu terakhir Hong Kong itu, tetapi tandukannya sedikit tersasar.

Seminit sebelum rehat, kapten negara akhirnya melunaskan tanggungjawab membuka jaringan dengan memperdaya tiga pertahanan lawan sebelum merembat melepasi Hung Fai untuk menamatkan babak pertama dengan kedudukan 1-0.

Minit ke 53 dan 58, Rajagobal memasukkan Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Farizal Marlias menggantikan Fakri di jentera serangan dan Khairul Fahmi Che Mat di kubu terakhir. Perubahan pemain yang segaja dilakukan oleh k rajagobal itu adalah untuk member peluang kepada pemain-pemain baru membuktikan keupayaan mereka diposisi masing-masing.

Dua lagi pertukaran dilakukan Rajagobal pada minit ke-64, memasukkan Amirulhadi dan Mohd Sabre Mat Abu, dan mengeluarkan Mohd Ashaari Samsuddin serta Mahali Jasuli. Malaysia hampir menambah jaringan menerusi tendangan percuma yang ditolak Safiq kepada Aidil, tetapi rembatan pemain pertahanan itu sedikit tersasar. Peluang negara menggandakan jaringan sekali lagi dinafikan apabila rembatan Kunanlan dalam kotak penalti terkena palang gol pada minit ke-80. Selang tiga minit, sepakan percuma Safiq dari luar kotak penalti terkena benteng Hong Kong.

Malaysia yang kini berada diranking 140 Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ternyata berada dikelas tersendiri apabila sekali lagi berjaya menembusi gawang gol lawan pada minit-minit akhir perlawanan menerusi Mohd Amirulhadi Zainal. Dengan kemenangan 2-0 kelmarin memastikan reputasi sebagai juara Sukan SEA dan Piala Suzuki AFF tidak tercalar pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam.

No comments:

Post a Comment