entiti

membaca menambahkan pengetahuan,
berdiskusi mematangkan diri,
beramal membentuk diri agar lebih sempurna....
perlahan-perlahan kayuh

Thursday, February 3, 2011

Perlunya berjiwa besar. ( bhg 1)

Kisah sekadar perkongsian motivasi untuk golongan muda-mudi :

Memang benar kegagalan bukanlah pengakhiran kehidupan. Malahan ia perlu dijadikan pemangkin untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai. Dalam menurusi kehidupan yang penuh berliku ini, kita perlu cekal manghadapi kegagalan serta perlu melakukan muhasabah diri dari masa kemasa. Justeru itu, melihat akan seorang individu ini yang boleh dijadikan teladan untuk kita semua. Yang baik dijadikan teladan dan yang sebaliknya dijadikan sempadan.

Cukuplah sekadar mengenali dirinya sebagai Ramdan (bukan nama sebenar). Kehidupannya yang bermula di bandaraya ibu kota kuala lumpur dimana tempatnya diahirkan. Kuala lumpur pada awal 90an hanya bandar biasa jika dibandingkan pada detik ini, yang dipadati dengan puluhan bangunan pencakar langit. Hairan dan tertanya, mengapa setiap bayi yang baru lahir melihat alam dunia pastinya menangis ? Secara biologi, ada yang mengatakan ia disebabkan keadaan suhu disekeliling yang tidak lagi sama ketika berada sembilan bulansembilan hari dalam rahim ibu. Manakala, ada juga berpendapat bahawa bayi ini menangis kerana tidak sanggup untuk berhadapan dugaan kehidupan dunia yang begitu mencabar seprti mana ditadiran oleh yang maha esa. Sejauh manakah kebenarannya dan mungkin juga ada pandangan-pandangan lain daripada kita diluar sana.

Masa terus beredar, tidak sampai tiga tahun dikuala lumpur, penghijrahan hidup Ramdan bermula dan menetap bersama keluarga tercinta di Perak pula. Dalam usia yang masih mengenal kehidupan dunia Ramdan lebih banyak diasuh oleh ibu saudaranya yang lebih selesa dipanggil mak ngah. Kebetulan, rumah mak ngah tidak jauh dari rumahnya. Dihantar pada awal pagi dan diambil pada tengahari. Semuanya kerana urusan kerja oleh ibu bapanya. Kehidupan sederhana pada keluarga Ramdan membolehkan dia memperolehi akan keperluan asas kehidupan tanpa halangan. Manakan tidak, kedua-dua ibu bapanya mempunyai pekerjaan tetap untuk menyara kehidupan ketika itu.

Seawal usia 4tahun, Ramdan telah diberi didikan awal di sebuah pusat asuhan kanak-kanak yang terletak berhampiran dengan rumahnya. Reaksi positif Ramdan untuk belajar diterjemahkan dengan semangatnya untuk ke taski ( taman asuhan kanak-kanak Islam ) pada setiap awal pagi. Benarlah kata orang tua, melentur buluh biar dari rebungnya. Oleh itu, daripada kecil didikan perlu diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana, ibu bapalah yang mencorak kehidupan anak-anak mereka. Tiga tahun Ramdan mengecapi alam pra sekolah, selain daripada ilmu asas seperti abc dan 123 panduan ilmu agama turut diajar. Selepas ini, ramdan akan melangkah ke alam persekolahan yang sebenar. Masa yang sememangnya dinanti-nantikan oleh Ramdan.
bersambung...

2 comments:

  1. aaa....
    ini tak adil......
    knapa x terus sambung je...?

    ReplyDelete
  2. sabar ye sahabat...:-)
    insya Allah akan disambungkan dalam masa terdekat ini..

    ReplyDelete