entiti

membaca menambahkan pengetahuan,
berdiskusi mematangkan diri,
beramal membentuk diri agar lebih sempurna....
perlahan-perlahan kayuh

Sunday, February 6, 2011

Perlunya berjiwa besar. ( bhg 5)

Bagi ramdan, matlamatnya ke sekolah fardu ain cuma satu iaitu untuk mengkhatamkan Al Quran secepat mungkin. Oleh itu, setiap kali dia tiba di kelasnya pasti dia akan segera mengeluarkan naskah Al-Quran berwarna biru dari begnya yang dibawa dari rumah. Lazimnya, Ramdan akan membaca dua helai halaman Al-Quran sambil didengar oleh ustazahnya. Ustazah Adawiyah yang setia dimejanya, hanya tersenyum melihat gelagat Ramdan yang beria-ia mendapatkannya. Bagi ustazah Adawiyah, Ramdan adalah seorang murid yang rajin mengaji Al-Quran, oleh itu tidak hairanlah dalam usia yang baru menjengah 7 tahun, Ramdan sudah lancar untuk mengaji Al-quran.

Lebihan masa disekolah fardu ain akan dihabiskan dengan bermain bersama rakan. Tambahan pula, riaksi ustazah yang berusia ingkungan 50an itu tidak berupaya untuk mengawal ragam-ragam murid-muridnya.

Syiling 30 sen yang dibekakan oleh ibunya cukup untuk Ramdan membeli sebungkus keropok ‘rota’ yang begitu digemarinya semasa rehat. Adakalanya, Ramdan sekadar memerhatikan sahaja akan rakan-rakannya yang enak menjamu sebungkus nasi lemak berbungkuskan daun pisang.

“Ramdan, jom solat asar ! marah nanti ustaz Munir kalau kita lewat naik” ajak Shahidan ke surau. Karim yang pada awalnya berdiri disebelah Shahidan sudah mula melangkah ke surau. “aku naik dulu ye, ustaz Munir minta aku azan petang ini” beritahu Karim kepada Shahidan. Shahidan mengangguk tanda memahami kata-kata karim itu. Karim adalah seorang muazzin di sekolah fardu ain itu. bakat suaranya mula dikesan sejak di taski lagi apabila dia sering kali diminta untuk menjadi imam kepada rakan-rakan lain.

Pada jam 5 petang, mereka akan pulang ke rumah selepas menunaikan solat asar berjemaah. Teringin benar Ramdan untuk menjadi seperti Karim yang memiliki kelunakan suara dan berkebolehan untuk azan dengan baik. Masih terniang-ngiang kata-kata cikgu Aisyah ditelinga ”orang lelaki mesti pandai azan dan boleh jadi imam”. Ramdan berjanji akan menjadikan kata-kata cikgu taskinya itu sebagai satu cabaran untuk dirinya.

kring..kring…(bunyi telefon rumah)…”asslamualaikum Ramdan, jom main bola sepak dengan abang chik petang ini, ajak karim sekali ya” ajak Shahril melalui telefon. Shahril ialah salah seorang anak lelaki mak ngah yang sering bermain bola sepak bersama Ramdan. Ramdan banyak belajar akan kemahiran-kemahiran bola sepak daripada abang saudaranya itu. Shahril yang pada ketika itu berada didarjah 6 sudah mencapai pelbagai kejayaan dalam sukan bola sepak. Paling membanggakan beliau pernah dinobatkan sebagai pemain terbaik semasa perlawanan akhir bola sepak sekolah-sekolah rendah daerah Kinta. Melihat akan kelincahan abang saudaranya itu, Ramdan juga turut berazam untuk mewakili sekolahnya dalam sukan bola sepak suatu hari nanti.
Bersambung…

No comments:

Post a Comment