entiti

membaca menambahkan pengetahuan,
berdiskusi mematangkan diri,
beramal membentuk diri agar lebih sempurna....
perlahan-perlahan kayuh

Tuesday, February 8, 2011

Perlunya berjiwa besar. ( bhg 6)

Ketika malam di rumah, selapas solat maghrib bersama ayahnya pasti Ramdan akan segera mencapai naskah Al Quran yang disimpan rapi didalam beg sekolah fardu ainnya. Bagi Ramdan membaca Al-quran dirumah sedikit sebanyak akan mencepatkan proses untuk mengkhatamkan Al-Quran itu.

“Ramdan, mari makan ajak ayah sekali ya” ajak ibunya dari ruang makan setelah mendapati Ramdan selesai mengaji bersama ayahnya. Kebiasaannya, keluarga ramdan akan menjamu selera bersama pada awal jam 8 malam. Pada ketika itulah, mereka anak-beranak dapat bersama sedang seharian sibuk dengan urusan harian masing-masing. Bagi Ramdan, dia sudah biasa berengang dengan ibu bapanya, manakan tidak sejak usia tiga tahun lagi dia sudah di “swastakan” kepada pengasuhnya iaitu mak ngah. Ibu bapanya sudah awal-awal pagi bergerak ke tempat kerja memandangkan lokasai tempan kerja yang agak jauh dari kediaman mereka.

Tempoh malam yang begitu singkat itu dihabiskan untuk menonton televisyen diruang tamu sahaja. tambahan pula, kerja rumah yang diberikan oleh cikgu disekolah akan diselesaikan dengan segera bagi membolehkan dia menonton rancangan televisyen kegemarannya bersama keluarga tercinta. Suasana malam rumah itu pasti akan hingar bingar dengan jeritan dan sorakan apabila menyaksikan siaran langsung perlawanan bola sepak liga Malaysia dikaca televisyen 29 inci itu. lebih meriah, apabila perlawanan itu melibatkan pasukan kesayangan mereka iaitu Perakyang terkenal dengan slogan kejor yop kejor.

“Ramdan, masuk tidur nak, esok kena bangun awal pergi sekolah” pujuk ayahnya kepada Ramdan. Dengan wajah layu sambil menguap-nguap, Ramdan bingkas bangun dari sofa menuju ke kamarnya. Ayahnya memanng amat mengambil berat akan anaknya itu. walau begitu sibuk dengan kerjaya sekalipun kasih sayang seorang bapa perlu dicurahkan kepada anak-anak terutama bagi yang sedang meningkat besar sebegitu. Oleh itu, tepat jam sepulah malam sahaja televisyen dan lampu diruang tamu rumah en Hashim akan ditutup menandakan waktu untuk tidur.

bersambung...

No comments:

Post a Comment