“kamu tak makan ke ? Tanya cikgu Mariam kepada Ramdan. Ramdan hanya menoleh sambil tersenyum. Tiada jawapan untuk soalan ringkas cikgu mariam kepadanya. Mungkin dia masih malu-malu dengan kelibat cikgu Mariam yang masih asing buat dirinya. “ awak ramdan kan, cikgu dah lantik awak sebagai ketua kumpulan kenanga dan cikgu harap awak dapat membantu cikgu” beritahu cikgu Mariam sebelum keluar dari kelas itu. Ramdan hanya mengangguk tanpa membantah permintaan cikgu Mariam itu. Tetapi dalam hatinya terbisik akan beberapa persoalan, mengapa dirinya dipilih oleh cikgu Mariam sebagai ketua kumpulan Kenanga. Diingatkan semula akan ahli kumpulannya yang lain, lantas Ramdan membandingkan antara dirinya dengan rakan-rakannya yang lain. “nak kata aku lebih hensem dari yang lain,tapi….” Monolog Ramdan keseorangan sambil teringat akan seorang budak lelaki yang duduk dihadapannya. Budak lelaki yang cerah kulitnya jika dibandingkan dengan Ramdan yang mempunyai kulit kacukan Melayu Jawa. “Siapa ya budak tu” bisik Ramdan.
Sedang Ramdan leka di kerusi mejanya, Karim datang menghampirinya dengan wajah gembira tanda kekenyangan. “ kau tak ke kantin ker Ramdan” tanya Karim kepada Ramdan. Sekali lagi Ramdan hanya mampu tersenyum tanpa sebarang jawapan diberikan. Semua lamunan yang bermain difikiran hilang serta-merta. Selang beberapa ketika, Izzat masuk ke dalam kelas sambil diringi mesra seorang budak perempuan. “ Karim, siapa budak perempuan sebelah Izzat tu ?“ Tanya Ramdan seperti benar-benar ingin tahu. Karim melihat Ramdan kehairanan kemudian menjawab persoalan itu “ tu la Syazana, penolong ketua kelas kita, kenapa Ramdan ?” mata Ramdan tidak mengerdip melihat akan syazana. Tanpa disedari Ramdan, tindakannya itu diperhatikan sahaja oleh Karim.
Lamunan Ramdan tersentak apabila loceng berbunyi tanda tamatnya waktu rehat. Suasana kelas yang hingar-bingar dengan pelbagai cerita dan ragam tiba-tiba menjadi sunyi apabila melihat kelibat seorang guru perempuan masuk sambil memegang sebatang pembaris kayu berukuran 1 meter dan membimbit buku-buku peribadinya. Serta-merta Izzat mengarahkan rakan-rakan berdiri untuk mengucapkan salam kepada cikgu itu. Jelas terpancar ketakutan pada raut wajah setiap murid-murid pada ketika itu. “ good morning students, please sit down” arah cikgu itu.
Perasaan takut semakin berkurangan apabila mendengar arahan lembut yang diberikan oleh cikgu itu kepada murid-muridnya. Selepas meletakkan semua barang-barangnya diatas meja, cikgu itu memulakan pengenalan dirinya kepada murid-murid kelas 1 progresif. “ I am madam Kalwant Kaur, you English teacher”. Ramdan mendengar dengan penuh tekun akan apa yang dituturkan oleh madam Kalwant Kaur walaupun tidak begitu memahami. “ Ramdan, kau paham tak apa yang cikgu tu cakap ?” bisik Karim perlahan kepada Ramdan yang kebetulan duduk disebelahnya. Sambil mendengar penerangan madam Kalwant Kaur di hadapan kelas, tiba-tiba Ramdan terfikir mengapa kita perlu belajar bahasa inggeris sedangkan kita mempunyai bahasa sendiri ?
bersambung...
agak menarik...
ReplyDeletecpat smbung,nk tau ending...
part plg best; ayt last skali...
napa smua t'kejar2 ngan Inggeris tapi abaikan bahasa Quran n bhasa syurga (termasuklah saya)...
terima kasih,
ReplyDeleteini baru permulaan cerita..:-)
teruskan mengikutinya ya...