entiti

membaca menambahkan pengetahuan,
berdiskusi mematangkan diri,
beramal membentuk diri agar lebih sempurna....
perlahan-perlahan kayuh

Friday, February 4, 2011

Perlunya berjiwa besar. ( bhg 2)

Melihat akan abangnya yang telah dahulu menjejakkan kaki ke sekolah, membuatkan perasaan Ramdan untuk berbaju uniform putih biru semakin membuak-buak. Seringkali Ramdan akan bertanya kepada ibu bapanya bilakah peluangnya pula untuk ke sekolah akan tiba. Bagi Ramdan, ilmu yang diperolehinya semasa di taski sudah cukup untuknya melangkah ke alam persekolahan pula. Ramdan semakin teruja kesekolah apabila seringkali diceritakan dengan situasi sekolah yang seronok.

Tahun hadapan, uniform bajunya akan bertukar dari warna hijau ke warna puti biru. Siapa sangka, masa yang sememangnya dinanti-nantikan oleh Ramdan sudah tiba. Melangkah ke sekolah kebangsaan sememangnya ditunggu-tunggu oleh Ramdan. Berbekalkan baju uniform baru, kelengkapan persekolahan lain, serta wang saku RM 1.00, Ramdan melangkah dengan gagah ke destinasi impiannya. Ramdan amat hairan, melihat gelagat segelintir rakan-rakan baharunya yang menangis ketakutan disamping ibu bapa mereka semasa pendaftaran. Mungkin baginya, pengalaman menyertai perkhemahan-perkhemahan sejak usia muda membolehkan Ramdan sedikit berani menghadapi suasana baharu itu. Ramdan semakin selesa di kelas itu, apabila melihat akan kelibat rakan karibnya, Karim sejak di taski lagi. Seperti sudah berjanji pula untuk berada dalam kelas yang sama.

Sesi kelas dimulakan dengan pengenalan diri oleh guru kelas tersebut. Cikgu mariam nama ringkas bagi guru kelas Ramdan hari itu. Sebelum memulakan pembelajaran, cikgu mariam ingin memilih ketua kelas untuk membantunya. Pada awalnya, cikgu Mariam lebih selesa meminta agar mana-mana murid kelas itu menawarkan diri terlebih dahulu. Dalam hati kecil Ramdan, ingin sahaja dia menawarkan dirinya untuk menjadi ketua kelas, tetapi perasaan takut dan kurang yakin masih menebal dalam diri. Takut diperkatakan oleh rakan-rakan sekeliling. Takut dikatakan gila kuasa dan sebagainya. Sedang asyik Ramdan memikirkan ‘itu ini’, cikgu Mariam memanggil seorang murid yang kebetulan duduk dihadapannya.

“Kalau tiada siapa yang ingin menawarkan diri, cikgu lantik izzat sebagai ketua kelas kamu semua ya”, kata cikgu Mariam kepada murid-muridnya. Murid-murid hanya berdiam tanpa membantah. Ramdan tersentak dari lamunannya, dan hanya mampu ternganga kekecewaan. “hmmm, kan dah terlepas peluang” desus hatinya. Ramdan begitu mengenali akan izzat. Dia pernah bersama-sama berada ditaski sebelum ini. Bagi Ramdan, dia tidak hairan kenapa cikgu Mariam memilih Izzat sebagai ketua kelas. Kerana dia adalah antara anak cikgu di sekolah itu. Ketika waktu rehat, sedang rakan-rakan lain bergegas ke kantin, Ramdan hanya duduk dalam kelas mengenangkan perkara yang terjadi ketika kelas sebentar tadi. Tanpa disedari cikgu mariam menghampirinya.

bersambung...

No comments:

Post a Comment