entiti

membaca menambahkan pengetahuan,
berdiskusi mematangkan diri,
beramal membentuk diri agar lebih sempurna....
perlahan-perlahan kayuh

Wednesday, February 2, 2011

Reformasi Pendidikan di Malsysia

Jika hari ini, seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini, seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini, seorang raja menaiki takhta,
Semunya bermula dari guru biasa,
Yang mengajar tulis baca...


Kamus Dewan, edisi keempat, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, mentakrifkan perkataan reformasi sebagai perubahan atau pembaharuan yang mengarah kepada keadaan yang lebih baik, pendidikan pula didifinisikan sebagai perihal mendidik, perkataan di, membawa erti kata tunjuk tempat dan Malaysia ditakrifkan sebagai negara yang terletak di Asia Tenggara, yang ibu negaranya Kuala Lumpur, bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan, seterusnya agama Islam sebagai agama rasmi. Sehubungan itu, secara kontekstualnya, reformasi pendidikan di Malaysia dapat disimpulkan sebagai perubahan pemantapan yang berlaku dalam sistem pendidikan di malaysia.

Suka untuk menjadikan Falsafah Pedidikan Kebangsaan, sebagai kayu pengukur bagi menunjukkan reformasi pendidikan yang berlaku di Malaysia dari masa ke masa. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 4 aspek utama yang dijadikan garis panduan dalam menilai seseorang, pertama dari aspek jasmani, kedua dari aspek emosi, ketiga dari aspek rohani dan keempat dari aspek intelek.


Pertama, menerusi aspek jasmani dibawah kata kunci penglibatan dalam unit beruniform, persatuan dan sukan. Para pelajar hari ini perlu sedar, bahawa betapa kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia kini mahu melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, malahan turut cemerlang dalam kokurikulum. Aktiviti kokurikuum seperti unit beruniform mahupun sukan akan memberi beberapa jenis ilmu tambahan yang tidak dapat diperolehi semasa di dalam kelas. Antaranya seperti kemahiran-kemahiran semasa di dalam hutan, serta memupuk sifat kepimpinan dalam setiap individu. Nescaya, kita sedia maklum penglibatan dalam aktiviti sukan, akan membina badan yang sihat serta otak yang cerdas. Tetapi masih terdapat segelintir pelajar beranggapan bahawa penglibatan dalam kokurikulum akan memberi impak negatif dalam akademik. Sudah terang, lagi bersuluh, tanggapan kolot sedemikian harus dikikis dan dihakis dalam mentaliti para pelajar. Petra Nabila, Amalina Che bakri, Nadiah Amirah adalah nama-nama pelajar cemerlang dalam akademik, dan pada masa yang sama, mereka ini turut cemerlang dalam bidang kokurikulum yang diceburi oleh mereka. Bukti reformasi pendidikan di Malaysia yang pertama.

Kedua, menerusi aspek emosi di bawah kata kunci mentaliti pelajar terhadap kepentingan ilmu. Sesungguhnya, pelajar-pelajar kini harus didedahkan dengan kepentingan ilmu dari awal lagi. Sehubungan itu, kerajaan kini telah mewujudkan sistem pendidikan pra- sekolah diseluruh negara. Usaha kerajaan ditambah lagi dengan penubuhan beberapa lagi institusi pegajian tinggi awam yang baharu di dalam negara untuk memberi peluang dan ruang para pelajar melanjutkan pelajaran. Hal ini menggambarkan betapa pentingnya bidang ilmu pada masa kini.

Untuk memastikan semua insan mengecapi peluang untuk menuntut ilmu, tanpa mengira latar belakang, pelbagai bantuan telah disalurkan. Antaranya adalah, yuran persekolahan dan yuran peperiksaan seperti UPSR, PMR dan SPM tidak perlu dibayar, pemberian buku teks secara percuma kepada semua pelajar, dan pemberian rancangan makanan tambahan ( RMT ) kepada pelajar miskin. Di peringkat pegajian tinggi, elaun pengajian diberikan kepada semua pelajar bahagian Matrikulasi. Bukti reformasi pendidikan di Malaysia yang kedua.

Ketiga, menerusi aspek rohani dibawah kata kunci pembentukan moral diri. Hakikat yang perlu diakui, keruntuhan akhlak remaja pada masa kini, bukanlah berpunca dari kegagalan sistem pendidikan di Malaysia. Hal ini kerana, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan platform terbaik dalam membentuk jati diri pelajar. Sebagai contoh, pembelajaran dan pegajaran mata pelajaran Pendidikan Islam dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat pengajian tinggi. Terbaru, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan mata pelajaran Sivik Kewarganegaraan sebagai subjek tambahan yang perlu dipelajari oleh para pelajar bermula pada tahun 2005. Bukti ketiga, reformasi pendidikan di Malaysia.

Keempat, menerusi aspek intelek di bawah kata kunci transformasi pengajaran dan pembelajaran ( P&P ). Pelbagai perubahan telah berlaku, pembelajaran matapelajaran Sains dan Matematik telah ditukar kepada bahasa Inggeris bermula tahun 2003 yang lalu. Langkah holistik sedemikian, bertujuan untuk memantapkan penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan diri pelajar disamping mempelajari Sains dan Matematik. Kini, sukatan matapelajaran adalah lebih padat dan kompetetif. Penggunaan alat bantu mengajar serta pembelajaran secara multimedia akan menambahkan daya tarikan para pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran ( P&P ). Natijahnya dapat dilihat menerusi peningkatan pencapaiaan cemerlang saban tahun bagi peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Oleh itu, tidak hairanlah peruntukan wang yang begitu besar telah diberi kepada Kementerian Pelajaran Malaysia menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Bukti keempat Reformasi Pendidikan di Malaysia.

Mungkin sebahagian daripada kita sedia maklum, bahawa pada 16 Januari 2007 yang lalu, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP ) telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. PIPP 2006-2010 merupakan dasar baharu yang dirangka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melaksanakan dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia. PIPPP 2006-2010 telah menggariskan enam teras utama, iaitu membina negara bangsa, membangun modal insan, memperkasa sekolah kebangsaan, memartabatkan profesyen perguruan dan melonjakan kecemerlangan institusi pendidikan.

Ternyata hari ini telah banyak berlakunya reformasi pendidikan di Malaysia. Oleh itu, para pelajar kini harus bijak dalam mengambil peluang dan ruang bagi menjadi modal insan kepada nusa dan bangsa kelak. Memetik dari kata-kata Saidina Ali bib Abi Talib K.W, ”jatuh bangunnya sesebuah negara itu kelak, bergantung kepada muda-mudinya pada masa kini”. Renung-renungkan...

2 comments:

  1. assalaamualaikum.....

    mengikut aspek ke-3: rohani merupakan salah satu garis panduan.....

    sebenarnya, jika hanya sebagai mengajar tanpa ada unsur-unsur MENDIDIK, tidak ada gunanya mata pelajaran pendidikan islam diadakan....
    kerana, mengajar dan mendidik merupakan 2 perkara yang terdapat perbezaan....

    mengajar hanyalah sebagai memberikan ilmu, sebaliknya mendidik adalah mengajarkan ilmu, dan dijadikan amalan oleh orang yang dididik...

    sehubungan dengan itu, jika dikatakan matapelajaran pendidikan islam sudah cukup, aku ingin nyatakan di sini, bahawa aku tidak setuju dengan penyataan itu.....

    salah satu faktor keruntuhan akhlak termasuklah kelab-kelab malam yang dibiarkan berleluasa tanpa ada sekatan kepada umat islam.....

    antara faktor yang lain termasuklah tidak ada undang-undang yang ketat terhadap penzina dan peminum arak.... jika penzina hanya dikenakan denda penjara dan denda berupa bayaran, mereka tidak kisah kerana kebanyakan mereka mempunyai kewangan yang amat kukuh, dalam erti kata lain, KAYA....

    selain itu, pengaruh media massa juga memainkan peranan yang amat besar dalam keruntuhan akhlak remaja kini....

    mengikut pendapat aku, sewajarnya undang-undang islam dijadikan sebahagian daripada undang-undang... benar, kita masyarakat yang berbilang agama. tetapi, perlukah undang-undang islam dijadikan untuk semua tanpa mengira agama? bagi aku, TIDAK... cukuplah jika undang-undang islam dikuatkuasakan hanya kepada orang islam...

    sesungguhnya, undang-undang islam merupakan undang-undag yang terbaik untuk menangani gejala keruntuhan moral, terutamanya umat islam sendiri......

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian hujah saudara..:-)

    ReplyDelete