entiti

membaca menambahkan pengetahuan,
berdiskusi mematangkan diri,
beramal membentuk diri agar lebih sempurna....
perlahan-perlahan kayuh

Monday, August 1, 2011

ISCEP-Taiwan

The writer with his bodyguard
On 28 Mei until 4 Jun 2011, National Taiwan Normal University (NTNU) held an international students club exchange program (ISCEP). For information, ISCEP is an international program where NTNU had invited a number of university students from other countries to experience NTNU’s life. ISCEP is a type of program which may contribute the new knowledge via exchanging other cultures from the participants who came from different background. Besides that, the NTNU’s students who organize this activity would get a lot of benefits especially the skill of management and communication in international level.


For the first time, 20 participants were selected by their universities to involve in ISCEP. These participants came from four different Asian countries which are Malaysia, Japan, South Korea and Macau. The 20 participants who joined into ISCEP are the club leaders in their universities. The main objective of ISCEP is to expose the NTNU’s club leaders to the global.


The writer is in front of the main entrance of Yingge ceramics' museum

Taipei 101, tfe second highest building in the world


Therefore, a few of international discussion and presentation were done between the participants and NTNU’s club leaders. For example, presentation and dialogue about their university and clubs by the participants and experience exchange between participants and NTNU’s club leaders. Two teachers and 13 former clubs leader of NTNU were acted as counselors along this program.

Besides the academicals activities, the participants also were brought to tourism places in Taiwan. There are a few of amazing places that should be visited by visitors when they come to Taiwan. Namely are, Yin-Gee ceramics museum, Yeh-Liu Geopark, Taipei 101 and much more. Most of these places are located at the north area of Taiwan.


The participants of ISCEP

Perlunya berjiwa besar ( bhg 7 )

“Hari ini ada pjk” senyum Ramdan sambil mencapai baju sukan yang telah tersedia di dalam almarinya. Seperti kebiasaan, Pn Nora akan menyediakan sepersalinan baju sukan untuk anak kesayangannya pada malam rabu. Beliau amat memahami perasaan anak tunggalnya itu dengan matapelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan. “Ramdan, mak sudah lipatkan baju sekolah kamu dalam beg plastik” beritahu Pn Nora kepada Ramdan agar dibawa baju sekolah tersebut untuk disalin selepas waktu pjk nanti.

Raja Chulan, nama rumah sukan yang tertera pada belakang baju sukan yang dipakai oleh Ramdan. Seperti kebiasaan, Murid-murid 1 progresif akan berbaris mengikut rumah sukan masing-masing di hadapan setor sukan sambil menanti kedatangan cikgu zakaria, guru pendidikan jasmai dan kesihatan mereka. “Hari ini kamu hendak main apa ?” Tanya cikgu zakaria kepada murid-muridnya. Serta-merta murid-murid lelaki satu progresif menyebut perkataan bola sepak sebagai jawapan pertanyaan cikgu Zakaria itu tadi. Sejurus pintu setor sukan dibuka, cikgu zakaria segera mendapatkan sebiji bola sepak yang tersusun rapi diatas rak. “Nah, cikgu mahu kamu semua main baik-baik ya” nasihat cikgu zakaria sambil memberi bola sepak itu kepada Izzat. Sedang beberapa daripada mereka sudah berlari-lari ke tengah padang menunjukkan kegirangan diberi peluang bermain bola sepak di sekolah buat kali pertama.

“Kamu pula nak main apa hari ini ? “ Tanya cikgu Zakaria kepada murid-murid perempuan 1 progresif. Mereka hanya terdiam sahaja. Tidak seperti murid-murid lelaki yang sangat aktif untuk bersukan. “cikgu Zack, boleh kami tengok budak laki main bola sepak” tanya Syazana kepada cikgu Zakaria. Tanpa berfikir panjang, cikgu Zakaria menuruti sahaja akan apa yang diminta oleh murid-murid perempuannya itu. murid-murid perempuan terus bergegas ke tepi padang dan mendapatkan lokasi yang paling selesa untuk menyaksikan rakan-rakan lelaki mereka bermain bola sepak di tengah padang.

“Ramdan, kau tahu kan aku ni bukanlah hebat sangat main bola sepak, kau bantu aku yer“ beritahu karim kepada ramdan sambil menuju ke tengah padang. Ramdan hanya tersenyum dan menganggukkan kepala tanda setuju akan permintaan kawan karibnya itu. Permainan dimulakan sebaik cikgu Zakaria meniup wisel berwarna hitam yang tergantung dilehernya. Cikgu Zakaria sekadar berada di tepi padang untuk menyaksikan sahaja murid-muridnya bermain dengan penuh bersemangat.

“Siapa nama budak yang memakai baju raja chulan dan seluar biru gelap tu“ tanya cikgu Zakaria kepada murid-murid perempuan sambil menuding jari ke tengah padang. “Nama dia Ramdan, cikgu” jawab Fatin bersahaja yang kebetulan berdiri di sebelah cikgu Zakaria. “Hmm, boleh tahan juga dia main“ monolog cikgu Zakaria serta-merta. Cepat-cepat cikgu Zakaria mengeluarkan pen dan kertas yang semamangnya tersedia di poket seluar track yang dipakainya lalu menulis nama Ramdan agar nama itu tidak lupa dari fikirannya.

Bersambung…

Thursday, February 17, 2011

sinar baru bola sepak malaysia

Aksi bertenaga dipamerkan pemain Harimau Malaya
Malam penuh dramatik untuk 27 juta rakyat Malaysia semasa menyaksikan perlawanan persahabatan dimana Malaysia menanti kunjungan Hong Kong di stadium Shah Alam kelmarin. Ternyata kemenangan anak buah K Rajagobal pada piala AFF Suzuki pada hujung tahun lalu bukanlah disebabkan faktor nasib mahupun bantuan pancaran laser semata-mata.

Barisan pemain Malaysia yang dikemudi oleh Safiq Rahim kelihatan penuh bertenaga untuk melancarkan serangan ke kubu pasukan lawan seawal wisel perlawanan lagi. Rembatan Safee sali pada minit ke-13, berjaya ditepis Yap Hung Fai dan terkena tiang. Kelihatan penaga gol hong kong itu seperti sudah menduga arah tuju rembaan bola Minit ke-24. Ahmad Fakir Sarani yang digandingkan bersama safee Sali dibahagian serangan ternyata meberi impak besar, apabila pula hampir menewaskan kubu terakhir Hong Kong itu, tetapi tandukannya sedikit tersasar.

Seminit sebelum rehat, kapten negara akhirnya melunaskan tanggungjawab membuka jaringan dengan memperdaya tiga pertahanan lawan sebelum merembat melepasi Hung Fai untuk menamatkan babak pertama dengan kedudukan 1-0.

Minit ke 53 dan 58, Rajagobal memasukkan Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Farizal Marlias menggantikan Fakri di jentera serangan dan Khairul Fahmi Che Mat di kubu terakhir. Perubahan pemain yang segaja dilakukan oleh k rajagobal itu adalah untuk member peluang kepada pemain-pemain baru membuktikan keupayaan mereka diposisi masing-masing.

Dua lagi pertukaran dilakukan Rajagobal pada minit ke-64, memasukkan Amirulhadi dan Mohd Sabre Mat Abu, dan mengeluarkan Mohd Ashaari Samsuddin serta Mahali Jasuli. Malaysia hampir menambah jaringan menerusi tendangan percuma yang ditolak Safiq kepada Aidil, tetapi rembatan pemain pertahanan itu sedikit tersasar. Peluang negara menggandakan jaringan sekali lagi dinafikan apabila rembatan Kunanlan dalam kotak penalti terkena palang gol pada minit ke-80. Selang tiga minit, sepakan percuma Safiq dari luar kotak penalti terkena benteng Hong Kong.

Malaysia yang kini berada diranking 140 Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ternyata berada dikelas tersendiri apabila sekali lagi berjaya menembusi gawang gol lawan pada minit-minit akhir perlawanan menerusi Mohd Amirulhadi Zainal. Dengan kemenangan 2-0 kelmarin memastikan reputasi sebagai juara Sukan SEA dan Piala Suzuki AFF tidak tercalar pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam.

Tuesday, February 8, 2011

Perlunya berjiwa besar. ( bhg 6)

Ketika malam di rumah, selapas solat maghrib bersama ayahnya pasti Ramdan akan segera mencapai naskah Al Quran yang disimpan rapi didalam beg sekolah fardu ainnya. Bagi Ramdan membaca Al-quran dirumah sedikit sebanyak akan mencepatkan proses untuk mengkhatamkan Al-Quran itu.

“Ramdan, mari makan ajak ayah sekali ya” ajak ibunya dari ruang makan setelah mendapati Ramdan selesai mengaji bersama ayahnya. Kebiasaannya, keluarga ramdan akan menjamu selera bersama pada awal jam 8 malam. Pada ketika itulah, mereka anak-beranak dapat bersama sedang seharian sibuk dengan urusan harian masing-masing. Bagi Ramdan, dia sudah biasa berengang dengan ibu bapanya, manakan tidak sejak usia tiga tahun lagi dia sudah di “swastakan” kepada pengasuhnya iaitu mak ngah. Ibu bapanya sudah awal-awal pagi bergerak ke tempat kerja memandangkan lokasai tempan kerja yang agak jauh dari kediaman mereka.

Tempoh malam yang begitu singkat itu dihabiskan untuk menonton televisyen diruang tamu sahaja. tambahan pula, kerja rumah yang diberikan oleh cikgu disekolah akan diselesaikan dengan segera bagi membolehkan dia menonton rancangan televisyen kegemarannya bersama keluarga tercinta. Suasana malam rumah itu pasti akan hingar bingar dengan jeritan dan sorakan apabila menyaksikan siaran langsung perlawanan bola sepak liga Malaysia dikaca televisyen 29 inci itu. lebih meriah, apabila perlawanan itu melibatkan pasukan kesayangan mereka iaitu Perakyang terkenal dengan slogan kejor yop kejor.

“Ramdan, masuk tidur nak, esok kena bangun awal pergi sekolah” pujuk ayahnya kepada Ramdan. Dengan wajah layu sambil menguap-nguap, Ramdan bingkas bangun dari sofa menuju ke kamarnya. Ayahnya memanng amat mengambil berat akan anaknya itu. walau begitu sibuk dengan kerjaya sekalipun kasih sayang seorang bapa perlu dicurahkan kepada anak-anak terutama bagi yang sedang meningkat besar sebegitu. Oleh itu, tepat jam sepulah malam sahaja televisyen dan lampu diruang tamu rumah en Hashim akan ditutup menandakan waktu untuk tidur.

bersambung...

Sunday, February 6, 2011

Perlunya berjiwa besar. ( bhg 5)

Bagi ramdan, matlamatnya ke sekolah fardu ain cuma satu iaitu untuk mengkhatamkan Al Quran secepat mungkin. Oleh itu, setiap kali dia tiba di kelasnya pasti dia akan segera mengeluarkan naskah Al-Quran berwarna biru dari begnya yang dibawa dari rumah. Lazimnya, Ramdan akan membaca dua helai halaman Al-Quran sambil didengar oleh ustazahnya. Ustazah Adawiyah yang setia dimejanya, hanya tersenyum melihat gelagat Ramdan yang beria-ia mendapatkannya. Bagi ustazah Adawiyah, Ramdan adalah seorang murid yang rajin mengaji Al-Quran, oleh itu tidak hairanlah dalam usia yang baru menjengah 7 tahun, Ramdan sudah lancar untuk mengaji Al-quran.

Lebihan masa disekolah fardu ain akan dihabiskan dengan bermain bersama rakan. Tambahan pula, riaksi ustazah yang berusia ingkungan 50an itu tidak berupaya untuk mengawal ragam-ragam murid-muridnya.

Syiling 30 sen yang dibekakan oleh ibunya cukup untuk Ramdan membeli sebungkus keropok ‘rota’ yang begitu digemarinya semasa rehat. Adakalanya, Ramdan sekadar memerhatikan sahaja akan rakan-rakannya yang enak menjamu sebungkus nasi lemak berbungkuskan daun pisang.

“Ramdan, jom solat asar ! marah nanti ustaz Munir kalau kita lewat naik” ajak Shahidan ke surau. Karim yang pada awalnya berdiri disebelah Shahidan sudah mula melangkah ke surau. “aku naik dulu ye, ustaz Munir minta aku azan petang ini” beritahu Karim kepada Shahidan. Shahidan mengangguk tanda memahami kata-kata karim itu. Karim adalah seorang muazzin di sekolah fardu ain itu. bakat suaranya mula dikesan sejak di taski lagi apabila dia sering kali diminta untuk menjadi imam kepada rakan-rakan lain.

Pada jam 5 petang, mereka akan pulang ke rumah selepas menunaikan solat asar berjemaah. Teringin benar Ramdan untuk menjadi seperti Karim yang memiliki kelunakan suara dan berkebolehan untuk azan dengan baik. Masih terniang-ngiang kata-kata cikgu Aisyah ditelinga ”orang lelaki mesti pandai azan dan boleh jadi imam”. Ramdan berjanji akan menjadikan kata-kata cikgu taskinya itu sebagai satu cabaran untuk dirinya.

kring..kring…(bunyi telefon rumah)…”asslamualaikum Ramdan, jom main bola sepak dengan abang chik petang ini, ajak karim sekali ya” ajak Shahril melalui telefon. Shahril ialah salah seorang anak lelaki mak ngah yang sering bermain bola sepak bersama Ramdan. Ramdan banyak belajar akan kemahiran-kemahiran bola sepak daripada abang saudaranya itu. Shahril yang pada ketika itu berada didarjah 6 sudah mencapai pelbagai kejayaan dalam sukan bola sepak. Paling membanggakan beliau pernah dinobatkan sebagai pemain terbaik semasa perlawanan akhir bola sepak sekolah-sekolah rendah daerah Kinta. Melihat akan kelincahan abang saudaranya itu, Ramdan juga turut berazam untuk mewakili sekolahnya dalam sukan bola sepak suatu hari nanti.
Bersambung…

Saturday, February 5, 2011

dinasour : wujudkah ?

Benarkah dinasour itu wujud ? persoalan yang sering bermain difkiran sejak dibangku sekolah lagi. Jika bertanya kepada rakan-rakan. Rata-rata diantara mereka pasti akan menyatakan bahawa dinasour sememangnya wujud pada zaman lampau. Justeru, untuk tidak berfikir panjang, fakta yang menyatakan bahawa dinasour pernah hidup dimuka bumi ini diterima bulat-bulat.

Kali ini, persoalan itu timbul kembali tetapi pada situasi yang berbeza. Jika 10 tahun dahulu, diri ini sekadar menerima sahaja kata-kata rakan tanpa sebarang bukti kukuh akan kewujudan dinasour itu. kebetulan, subjek geologi yang diambil pada semester ini akan membincangkan mengenai pembentukan batu dan mineral selain turut membincangkan kewujudan alam semestar. Tertarik pada awal kuliah akan subjek ini, dimana pensyarah subjek tersebut mula membuka cerita akan pembentukan bumi ciptaan Allah ini. Berdasarkan teori saintis barat, bumi dikata terbentuk daripada proses ‘big bang’ yang berlaku jutaan tahun dahulu.

Proses ‘big bang’ menghasilkan habuk-habuk kecil yang kemudian bercantum diantara satu sama lain membentuk bumi antaranya. Proses pencantuman habuk-habuk ini juga mengambil masa yang begitu lama. Secara perkiraan kasar, bumi dikatakan terbentuk 4.5 billion tahun yang lalu. Satu jangka masa yang tidak tercapai dipemikiran manusia. Lebih menarik, saintis barat juga turut menyatakan bahawa alam semester telah terbentang sejak 14 billion tahun lampau. Bertanya dalam diri ini, apakah kaedah yang digunakan oleh mereka dalam menentu ukur jangka masa tersebut ?
Dalam kuliah yang disampaikan oleh Dr Edy, pensyarah Geologi UTM, beliau sempat menyatakan bahawa dinasour pernah wujud pada 65 juta tahun dahulu. Diri ini yang mendengar fakta yang dikeluarkan oleh Dr Edy semakin teruja untuk mengetahui dengan lebih lanjut akan kesahihah cerita itu. Dalam masa yang sama, beberapa persoalan berlegar-legar dalam kotak minda bagi diajukan kepada pensyarah berkaca mata itu.

Antara soalan :
1.apakah bukti akan kewujudan dinasour di muka bumi ini ?
2. jikalau benarlah dinasour itu wujud, adakah ia wujud sezaman dengan manusia ?
3. kenapakah boleh berlakunya kepupusan dinasour dimuka bumi ?

Peluang untuk bertanya secara peribadi diperolehi pada akhir kuliah itu. Tanpa berfikir panjang, dii ini memberanikan diri untuk mengajukan ketiga-tiga soalan tersebut kepada Dr Edy bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Jawapan yang diberikan oleh Dr Edy :
1.benar, dinasour pernah wujud dimuka bumi ini, dan buktinya boleh dilihat di muzium of London dimana pakar arkeololgi telah menjumpai rangka-rangka yang dikatakan dinasour disimpan di situ.
2.dinasour dan manusia tidak hidup pada zaman yang sama, tetapi dinasour dipercayai wujud terlebih dahulu sebelum manusia.
3.ada dua faktor kenapa dinasour pupus, pertama disebakan perlanggran meteor dengan lapisan ozon bumi menyebabkan pembentukan lubang-lubang yang begitu besar pada lapisan ozon hingga menyebabkan peningkatan suhu bumi yang terlalu tinggi. Dalam masa yang sama, meteor-meteor itu turut mengentam permukaan bumi. Kedua disebabkan berlakunya letusan gunung berapi yang sangat kerap.

Menarik akan jawapan-jawapan yang diberikan oleh Dr Edy. Diri ini pulang dengan jawapan yang masih terngiang-ngiang ditelinga. Percaya atau sebaliknya, bagaimana dengan anda?

Perlunya berjiwa besar. ( bhg 4)

Sesi persekolahan untuk hari pertama tamat pada jam 12.30 tengahari. Kelihatan murid-murid begitu ceria selapas cikgu terakhir memberi salam sebelum pulang. Sambil mengemas alat tulis dan buku-buku, Karim mengingatkan Ramdan akan sekolah fardu ain yang perlu dihadiri pada petang ini. Ramdan mengangguk tanda setuju untuk pergi bersama-sama Karim ke sekolah fardu ain itu. Sedang karim tidak putus-putus bercakap, mata Ramdan sempat mencuri untuk memandang Syazana yang begitu sopan mengemas barang peribadinya di sudut hadapan kelas.

“Ramdan, kau dengar tak apa aku cakap tadi” tegur karim serta-merta setelah mendapati bualannya tidak diendahkan oleh rakan karibnya itu. “eh, aku dengar la Karim, kau cakap pasal sekolah fardu ain kan?” tanya Ramdan untuk berselindung daripada Karim. Karim hanya menggelengkan kepala untuk tidak memanjangkan perbualan mereka. Pada masa yang sama, karim seperti beria-ia untuk pulang. Mungkin ada banyak perkara yang ingin dikongsikan bersama keluarganya di rumah.

Seperti kebiasaanya, Ramdan akan pulang terlebih dahulu ke rumah mak ngah untuk makan tengah hari. Lebih kurang pada pukul 1.30 petang, baru ibunya akan menjemput Ramdan pulang ke rumah untuk bersiap-siap ke sekolah fardu ain. Mak ngah ialah kakak kepada bapa Ramdan. Disebabkan Ramdan telah dijaga sejak kecil, dia tidak begitu kekok untuk bersama-sama keluarga mak ngah. Tambahan pula, anak-anak mak ngah kesemunya telah besar, jadi tidak menjadi halangan untuk mak ngah menjaga Ramdan seperti anak sendiri.

Pukul 2.30 petang Ramdan dan Karim akan bergerak ke sekolah fardu ain yang terletak lebih kurang 200 meter dari rumahnya. Dengan mengenakan baju melayu putih ‘cotton’ dan bersongkok, mereka berjalan kaki menuju ke sekolah petang itu. Dalam perjalanan itu, Karim sempat bertanya kepada Ramdan ”Ramdan, kenapa kita kena pergi sekolah fardu ain, bukan ke kita dan pergi sekolah pagi tu?” Ramdan memikir akan persoalan Karim itu. Mungkin ada benar juga kata-kata daripada rakannya itu. Seperti biasa, tiada jawapan yang keluar dari mulut Ramdan pada ketika itu.
Bersambung…

Friday, February 4, 2011

Perlunya berjiwa besar. ( bhg 3)

“kamu tak makan ke ? Tanya cikgu Mariam kepada Ramdan. Ramdan hanya menoleh sambil tersenyum. Tiada jawapan untuk soalan ringkas cikgu mariam kepadanya. Mungkin dia masih malu-malu dengan kelibat cikgu Mariam yang masih asing buat dirinya. “ awak ramdan kan, cikgu dah lantik awak sebagai ketua kumpulan kenanga dan cikgu harap awak dapat membantu cikgu” beritahu cikgu Mariam sebelum keluar dari kelas itu. Ramdan hanya mengangguk tanpa membantah permintaan cikgu Mariam itu. Tetapi dalam hatinya terbisik akan beberapa persoalan, mengapa dirinya dipilih oleh cikgu Mariam sebagai ketua kumpulan Kenanga. Diingatkan semula akan ahli kumpulannya yang lain, lantas Ramdan membandingkan antara dirinya dengan rakan-rakannya yang lain. “nak kata aku lebih hensem dari yang lain,tapi….” Monolog Ramdan keseorangan sambil teringat akan seorang budak lelaki yang duduk dihadapannya. Budak lelaki yang cerah kulitnya jika dibandingkan dengan Ramdan yang mempunyai kulit kacukan Melayu Jawa. “Siapa ya budak tu” bisik Ramdan.

Sedang Ramdan leka di kerusi mejanya, Karim datang menghampirinya dengan wajah gembira tanda kekenyangan. “ kau tak ke kantin ker Ramdan” tanya Karim kepada Ramdan. Sekali lagi Ramdan hanya mampu tersenyum tanpa sebarang jawapan diberikan. Semua lamunan yang bermain difikiran hilang serta-merta. Selang beberapa ketika, Izzat masuk ke dalam kelas sambil diringi mesra seorang budak perempuan. “ Karim, siapa budak perempuan sebelah Izzat tu ?“ Tanya Ramdan seperti benar-benar ingin tahu. Karim melihat Ramdan kehairanan kemudian menjawab persoalan itu “ tu la Syazana, penolong ketua kelas kita, kenapa Ramdan ?” mata Ramdan tidak mengerdip melihat akan syazana. Tanpa disedari Ramdan, tindakannya itu diperhatikan sahaja oleh Karim.

Lamunan Ramdan tersentak apabila loceng berbunyi tanda tamatnya waktu rehat. Suasana kelas yang hingar-bingar dengan pelbagai cerita dan ragam tiba-tiba menjadi sunyi apabila melihat kelibat seorang guru perempuan masuk sambil memegang sebatang pembaris kayu berukuran 1 meter dan membimbit buku-buku peribadinya. Serta-merta Izzat mengarahkan rakan-rakan berdiri untuk mengucapkan salam kepada cikgu itu. Jelas terpancar ketakutan pada raut wajah setiap murid-murid pada ketika itu. “ good morning students, please sit down” arah cikgu itu.

Perasaan takut semakin berkurangan apabila mendengar arahan lembut yang diberikan oleh cikgu itu kepada murid-muridnya. Selepas meletakkan semua barang-barangnya diatas meja, cikgu itu memulakan pengenalan dirinya kepada murid-murid kelas 1 progresif. “ I am madam Kalwant Kaur, you English teacher”. Ramdan mendengar dengan penuh tekun akan apa yang dituturkan oleh madam Kalwant Kaur walaupun tidak begitu memahami. “ Ramdan, kau paham tak apa yang cikgu tu cakap ?” bisik Karim perlahan kepada Ramdan yang kebetulan duduk disebelahnya. Sambil mendengar penerangan madam Kalwant Kaur di hadapan kelas, tiba-tiba Ramdan terfikir mengapa kita perlu belajar bahasa inggeris sedangkan kita mempunyai bahasa sendiri ?

bersambung...

Perlunya berjiwa besar. ( bhg 2)

Melihat akan abangnya yang telah dahulu menjejakkan kaki ke sekolah, membuatkan perasaan Ramdan untuk berbaju uniform putih biru semakin membuak-buak. Seringkali Ramdan akan bertanya kepada ibu bapanya bilakah peluangnya pula untuk ke sekolah akan tiba. Bagi Ramdan, ilmu yang diperolehinya semasa di taski sudah cukup untuknya melangkah ke alam persekolahan pula. Ramdan semakin teruja kesekolah apabila seringkali diceritakan dengan situasi sekolah yang seronok.

Tahun hadapan, uniform bajunya akan bertukar dari warna hijau ke warna puti biru. Siapa sangka, masa yang sememangnya dinanti-nantikan oleh Ramdan sudah tiba. Melangkah ke sekolah kebangsaan sememangnya ditunggu-tunggu oleh Ramdan. Berbekalkan baju uniform baru, kelengkapan persekolahan lain, serta wang saku RM 1.00, Ramdan melangkah dengan gagah ke destinasi impiannya. Ramdan amat hairan, melihat gelagat segelintir rakan-rakan baharunya yang menangis ketakutan disamping ibu bapa mereka semasa pendaftaran. Mungkin baginya, pengalaman menyertai perkhemahan-perkhemahan sejak usia muda membolehkan Ramdan sedikit berani menghadapi suasana baharu itu. Ramdan semakin selesa di kelas itu, apabila melihat akan kelibat rakan karibnya, Karim sejak di taski lagi. Seperti sudah berjanji pula untuk berada dalam kelas yang sama.

Sesi kelas dimulakan dengan pengenalan diri oleh guru kelas tersebut. Cikgu mariam nama ringkas bagi guru kelas Ramdan hari itu. Sebelum memulakan pembelajaran, cikgu mariam ingin memilih ketua kelas untuk membantunya. Pada awalnya, cikgu Mariam lebih selesa meminta agar mana-mana murid kelas itu menawarkan diri terlebih dahulu. Dalam hati kecil Ramdan, ingin sahaja dia menawarkan dirinya untuk menjadi ketua kelas, tetapi perasaan takut dan kurang yakin masih menebal dalam diri. Takut diperkatakan oleh rakan-rakan sekeliling. Takut dikatakan gila kuasa dan sebagainya. Sedang asyik Ramdan memikirkan ‘itu ini’, cikgu Mariam memanggil seorang murid yang kebetulan duduk dihadapannya.

“Kalau tiada siapa yang ingin menawarkan diri, cikgu lantik izzat sebagai ketua kelas kamu semua ya”, kata cikgu Mariam kepada murid-muridnya. Murid-murid hanya berdiam tanpa membantah. Ramdan tersentak dari lamunannya, dan hanya mampu ternganga kekecewaan. “hmmm, kan dah terlepas peluang” desus hatinya. Ramdan begitu mengenali akan izzat. Dia pernah bersama-sama berada ditaski sebelum ini. Bagi Ramdan, dia tidak hairan kenapa cikgu Mariam memilih Izzat sebagai ketua kelas. Kerana dia adalah antara anak cikgu di sekolah itu. Ketika waktu rehat, sedang rakan-rakan lain bergegas ke kantin, Ramdan hanya duduk dalam kelas mengenangkan perkara yang terjadi ketika kelas sebentar tadi. Tanpa disedari cikgu mariam menghampirinya.

bersambung...

Thursday, February 3, 2011

Perlunya berjiwa besar. ( bhg 1)

Kisah sekadar perkongsian motivasi untuk golongan muda-mudi :

Memang benar kegagalan bukanlah pengakhiran kehidupan. Malahan ia perlu dijadikan pemangkin untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai. Dalam menurusi kehidupan yang penuh berliku ini, kita perlu cekal manghadapi kegagalan serta perlu melakukan muhasabah diri dari masa kemasa. Justeru itu, melihat akan seorang individu ini yang boleh dijadikan teladan untuk kita semua. Yang baik dijadikan teladan dan yang sebaliknya dijadikan sempadan.

Cukuplah sekadar mengenali dirinya sebagai Ramdan (bukan nama sebenar). Kehidupannya yang bermula di bandaraya ibu kota kuala lumpur dimana tempatnya diahirkan. Kuala lumpur pada awal 90an hanya bandar biasa jika dibandingkan pada detik ini, yang dipadati dengan puluhan bangunan pencakar langit. Hairan dan tertanya, mengapa setiap bayi yang baru lahir melihat alam dunia pastinya menangis ? Secara biologi, ada yang mengatakan ia disebabkan keadaan suhu disekeliling yang tidak lagi sama ketika berada sembilan bulansembilan hari dalam rahim ibu. Manakala, ada juga berpendapat bahawa bayi ini menangis kerana tidak sanggup untuk berhadapan dugaan kehidupan dunia yang begitu mencabar seprti mana ditadiran oleh yang maha esa. Sejauh manakah kebenarannya dan mungkin juga ada pandangan-pandangan lain daripada kita diluar sana.

Masa terus beredar, tidak sampai tiga tahun dikuala lumpur, penghijrahan hidup Ramdan bermula dan menetap bersama keluarga tercinta di Perak pula. Dalam usia yang masih mengenal kehidupan dunia Ramdan lebih banyak diasuh oleh ibu saudaranya yang lebih selesa dipanggil mak ngah. Kebetulan, rumah mak ngah tidak jauh dari rumahnya. Dihantar pada awal pagi dan diambil pada tengahari. Semuanya kerana urusan kerja oleh ibu bapanya. Kehidupan sederhana pada keluarga Ramdan membolehkan dia memperolehi akan keperluan asas kehidupan tanpa halangan. Manakan tidak, kedua-dua ibu bapanya mempunyai pekerjaan tetap untuk menyara kehidupan ketika itu.

Seawal usia 4tahun, Ramdan telah diberi didikan awal di sebuah pusat asuhan kanak-kanak yang terletak berhampiran dengan rumahnya. Reaksi positif Ramdan untuk belajar diterjemahkan dengan semangatnya untuk ke taski ( taman asuhan kanak-kanak Islam ) pada setiap awal pagi. Benarlah kata orang tua, melentur buluh biar dari rebungnya. Oleh itu, daripada kecil didikan perlu diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana, ibu bapalah yang mencorak kehidupan anak-anak mereka. Tiga tahun Ramdan mengecapi alam pra sekolah, selain daripada ilmu asas seperti abc dan 123 panduan ilmu agama turut diajar. Selepas ini, ramdan akan melangkah ke alam persekolahan yang sebenar. Masa yang sememangnya dinanti-nantikan oleh Ramdan.
bersambung...

10 wasiat Hassan Al Banna

1.Segerakan solat kerana ia mendidik diri kepada tawqa dan disiplin
2.Bacalah al-quran kerana ia melembutkan hati dan menyegarkan jiwa
3.Bertuturlah dengan bahasa yang jelas kerana ia membawa keberkesanan kepada dakwah
4.Jangan terlalu anyak berdebat kerana ia menghapuskan kemesraan sesama mu’min
5.Jangan terlalu banyak ketawa ketawa kerana ia menjadikan hati keras dan tidak sensitif
6.Jangan terlalu banyak bergurau kerana ia boleh menyebabkan lalai dalam perjuangan
7.Jangan bersuara lebih kuat daripada yang diperlukan kerana ia boleh menjadikan pendengar jemu dan bosan
8.Jangan mengumpat kerana ia dosa dan perosak kepada perhubungan yang baik sesama mu’min
9.Kembangkan taaruf kerana ia meningkatan kemesraan dan boleh membina medan-medan dakwah yan luas
10.Kewajipan lebih banyak daripada waktu oleh itu jagalah waktu dan bantulah orang lain untuk memanfaatkan waktu mereka.

Jikalau tidak mampu untuk melaksanakan kesemuanya, jangan pula ditinggalkan kesemuannya. Renung-renungkan dan selamat beramal 

Wednesday, February 2, 2011

H1N1 dan cicakman

Pada pertengahan tahun 2007, masyarakat dunia dikejutkan dengan penularan penyakit selesema burung (H5N1) yang disebarkan melalui haiwan unggas seperti ayam, itik, angsa dan burung merak. Kesannya, beribu-ribuya nyawa telah terkorban dek penyakit yang tidak diketahui puncanya. Terbaru, kita sekali lagi digemparkan denga satu lagi penyakit yang seakan-akan H5N1 dan dipercayai lebih berbahaya bebanding selsema burung.

Influenza A H1N1 atau lebih sinonim dengan nama selsema babi dipercayai mula dikesan secara serius pada awal tahun 2009 yang lalu. Umum mengetahui, penyakit pembawakan manusia ini dipercayai mula dikesan di negara Mexico dan Amarika Syarikat(AS). Ramai yang tidak menjangkakan dimana selsema babi hanya mengambil masa dalam beberapa hari sahaja untuk tersebar ke serata dunia termasuk Malaysia.

Dalam membincangkan mengenai isu selesema babi, suka saya untuk berkongsi akan satu maklumat. Cakna atau sebaliknya, bahawa penyakit H1N1 lebih tertumpu kepada golongan dewasa seperti para pelajar serta pekerja. Dengan nada berbeza, amat jarang kita dikhabar akan kanak-kanak telah dijangkiti penyakit ini. Justeru itu, saya berpendapat bahawa golongan dewasa samada pelajar mahupun pekerja lebih mudah dijangkiti selesema babi kerana mereka lebih kerap terdedah di kawasan umum.
Disamping itu, ditambah pula dengan sikap masyarakat kini yang memandang enteng akan langkah penjagaan membuatkan selesema babi ini lebih cepat tersebar dari individu ke individu yang lain.

sekadar gambar hiasan
Hingga kesaat ini, masyarakat tidak dimaklum akan punca sebenar terhadap selesema babi. Pelik dan hairan, bagaimana satu-satu penyakit yang tidak pernah dialami oleh penduduk dunia sudah tersedia vaksin untuk merawat penyakit ini ? Berfikir secara logik, mana mungkin satu-satu vaksin boleh disiapkan dalam masa yang terlalu singkat. Vaksin yang dikenali sebagai tamiflu telah berjaya dihasilkan oleh saintis-saintis AS dan perlu dibeli dengan kos yang amat tinggi bagi negara yang mengalami selesema babi. Sehubnungan itu, saya berandaian polimik selesema babi ini seakan-akan seperti filem Cicakman 2: planet hitam arahan Yusry Halim. Renung-renungkan

Reformasi Pendidikan di Malsysia

Jika hari ini, seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini, seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini, seorang raja menaiki takhta,
Semunya bermula dari guru biasa,
Yang mengajar tulis baca...


Kamus Dewan, edisi keempat, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, mentakrifkan perkataan reformasi sebagai perubahan atau pembaharuan yang mengarah kepada keadaan yang lebih baik, pendidikan pula didifinisikan sebagai perihal mendidik, perkataan di, membawa erti kata tunjuk tempat dan Malaysia ditakrifkan sebagai negara yang terletak di Asia Tenggara, yang ibu negaranya Kuala Lumpur, bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan, seterusnya agama Islam sebagai agama rasmi. Sehubungan itu, secara kontekstualnya, reformasi pendidikan di Malaysia dapat disimpulkan sebagai perubahan pemantapan yang berlaku dalam sistem pendidikan di malaysia.

Suka untuk menjadikan Falsafah Pedidikan Kebangsaan, sebagai kayu pengukur bagi menunjukkan reformasi pendidikan yang berlaku di Malaysia dari masa ke masa. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 4 aspek utama yang dijadikan garis panduan dalam menilai seseorang, pertama dari aspek jasmani, kedua dari aspek emosi, ketiga dari aspek rohani dan keempat dari aspek intelek.


Pertama, menerusi aspek jasmani dibawah kata kunci penglibatan dalam unit beruniform, persatuan dan sukan. Para pelajar hari ini perlu sedar, bahawa betapa kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia kini mahu melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, malahan turut cemerlang dalam kokurikulum. Aktiviti kokurikuum seperti unit beruniform mahupun sukan akan memberi beberapa jenis ilmu tambahan yang tidak dapat diperolehi semasa di dalam kelas. Antaranya seperti kemahiran-kemahiran semasa di dalam hutan, serta memupuk sifat kepimpinan dalam setiap individu. Nescaya, kita sedia maklum penglibatan dalam aktiviti sukan, akan membina badan yang sihat serta otak yang cerdas. Tetapi masih terdapat segelintir pelajar beranggapan bahawa penglibatan dalam kokurikulum akan memberi impak negatif dalam akademik. Sudah terang, lagi bersuluh, tanggapan kolot sedemikian harus dikikis dan dihakis dalam mentaliti para pelajar. Petra Nabila, Amalina Che bakri, Nadiah Amirah adalah nama-nama pelajar cemerlang dalam akademik, dan pada masa yang sama, mereka ini turut cemerlang dalam bidang kokurikulum yang diceburi oleh mereka. Bukti reformasi pendidikan di Malaysia yang pertama.

Kedua, menerusi aspek emosi di bawah kata kunci mentaliti pelajar terhadap kepentingan ilmu. Sesungguhnya, pelajar-pelajar kini harus didedahkan dengan kepentingan ilmu dari awal lagi. Sehubungan itu, kerajaan kini telah mewujudkan sistem pendidikan pra- sekolah diseluruh negara. Usaha kerajaan ditambah lagi dengan penubuhan beberapa lagi institusi pegajian tinggi awam yang baharu di dalam negara untuk memberi peluang dan ruang para pelajar melanjutkan pelajaran. Hal ini menggambarkan betapa pentingnya bidang ilmu pada masa kini.

Untuk memastikan semua insan mengecapi peluang untuk menuntut ilmu, tanpa mengira latar belakang, pelbagai bantuan telah disalurkan. Antaranya adalah, yuran persekolahan dan yuran peperiksaan seperti UPSR, PMR dan SPM tidak perlu dibayar, pemberian buku teks secara percuma kepada semua pelajar, dan pemberian rancangan makanan tambahan ( RMT ) kepada pelajar miskin. Di peringkat pegajian tinggi, elaun pengajian diberikan kepada semua pelajar bahagian Matrikulasi. Bukti reformasi pendidikan di Malaysia yang kedua.

Ketiga, menerusi aspek rohani dibawah kata kunci pembentukan moral diri. Hakikat yang perlu diakui, keruntuhan akhlak remaja pada masa kini, bukanlah berpunca dari kegagalan sistem pendidikan di Malaysia. Hal ini kerana, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan platform terbaik dalam membentuk jati diri pelajar. Sebagai contoh, pembelajaran dan pegajaran mata pelajaran Pendidikan Islam dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat pengajian tinggi. Terbaru, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan mata pelajaran Sivik Kewarganegaraan sebagai subjek tambahan yang perlu dipelajari oleh para pelajar bermula pada tahun 2005. Bukti ketiga, reformasi pendidikan di Malaysia.

Keempat, menerusi aspek intelek di bawah kata kunci transformasi pengajaran dan pembelajaran ( P&P ). Pelbagai perubahan telah berlaku, pembelajaran matapelajaran Sains dan Matematik telah ditukar kepada bahasa Inggeris bermula tahun 2003 yang lalu. Langkah holistik sedemikian, bertujuan untuk memantapkan penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan diri pelajar disamping mempelajari Sains dan Matematik. Kini, sukatan matapelajaran adalah lebih padat dan kompetetif. Penggunaan alat bantu mengajar serta pembelajaran secara multimedia akan menambahkan daya tarikan para pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran ( P&P ). Natijahnya dapat dilihat menerusi peningkatan pencapaiaan cemerlang saban tahun bagi peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Oleh itu, tidak hairanlah peruntukan wang yang begitu besar telah diberi kepada Kementerian Pelajaran Malaysia menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Bukti keempat Reformasi Pendidikan di Malaysia.

Mungkin sebahagian daripada kita sedia maklum, bahawa pada 16 Januari 2007 yang lalu, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP ) telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. PIPP 2006-2010 merupakan dasar baharu yang dirangka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melaksanakan dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia. PIPPP 2006-2010 telah menggariskan enam teras utama, iaitu membina negara bangsa, membangun modal insan, memperkasa sekolah kebangsaan, memartabatkan profesyen perguruan dan melonjakan kecemerlangan institusi pendidikan.

Ternyata hari ini telah banyak berlakunya reformasi pendidikan di Malaysia. Oleh itu, para pelajar kini harus bijak dalam mengambil peluang dan ruang bagi menjadi modal insan kepada nusa dan bangsa kelak. Memetik dari kata-kata Saidina Ali bib Abi Talib K.W, ”jatuh bangunnya sesebuah negara itu kelak, bergantung kepada muda-mudinya pada masa kini”. Renung-renungkan...

Monday, January 31, 2011

sedarlah...

Sedarlah,
Kita kini kian terpesong,
Hanya kerna pegangan diserong,
Kepercayaan agama tidak lagi disokong,
Gara-gara sebaran ajaran bohong,.

Sedarlah,
Umat kini kian terlena,
Dubuai harta dunia yang fana,
Ajaran agama entah kemana,
Gara-gara diri belum kedana,

Sedarlah,
Kini….
Peperangan acap acap kali terjadi,
Wanita berbeda daripada lelaki,
Fitrah alam dilanggar sesuka hati,
Kemungkaran berlaku tidak terperi,.

Sedarlah,
Jangan tunggu..
Matahari terbit dibarat,
Kepulan asap keluar bersarat,
Kehancuran dunia semain melarat,
Semua yang tersirat akan tersurat,.

Sedarlah,
Ketika itu…
Semua amalan tidak diterima,
Amal ibadat tidak lagi berguna,
Harta dunia akan durjana,
Tibalah masa pembalasan disana,.
Sedarlah3x…

Hasil nukilan,
Ruzan ,
5/ 6/ 2007 ( 10: 53 malam )

akukah mahasiswa ?

“Universiti bukan sekadar tempat untuk menerima segulung ijazah semata-mata, tetapi menjadi pentas untuk mereka membentuk diri menjadi manusia yang cemerlang secara holistik”Prof Datuk Dr Mohd Tajuddin Ninggal, Timb Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni), Universiti Teknologi Malaysia.

Pada era globalisasi kini, mahasiswa perlu menyedari bahawa pencapaian cemerlang dalam akademik semata-mata bukan lagi faktor utama untuk ditawarkan bagi satu-satu pekerjaan. Hal ini kerana, penglibatan secara aktif dalam aktiviti-aktiviti berpersatuan mahupun kelab diperingkat universiti turut dijadikan elemen asas bagi kebanyakan majikan dalam memilih pekerja baharu mereka. Sebagai contoh, terkilan apabila melihat akan nasib yang diterima oleh seorang graduan universiti dengan pencapaian ijazah kelas pertama telah gagal mendapatkan pekerjaan dek kerana tidak mahir dalam menulis minit mesyuarat semasa sesi temuduga. Dengan erti kata lain, meskipun graduan universiti tersebut memperolehi pencapaian cemerlang dalam bidang akademik, tetapi tanpa ilmu pengetahuan seperti format penulisan minit mesyuarat, mempengurusikan sesuatu mesyuarat dan sebagainya menyebabkan beliau tidak mendapat tempat dihati majikan sekarang. Malahan trend majikan pada hari ini lebih berminat untuk menggajikan seseorang individu yang berupaya melakukan pelbagai bidang kerja meskipun sekadar memperolehi pencapaian akademik yang sederhana.

Stigma mahasiswa pada hari ini perlu didoktrin semula bahawa melibatkan diri dalam aktiviti berpersatuan tidak boleh dianggap satu tindakan yang sia-sia. Justeru itu, mahasiswa perlu yakin dan percaya dimana dengan melibatkan diri secara aktif dalam program-program di universiti khususnya akan memberi pulangan positif untuk diri yang dapat diaplikasi pada dewasa kelak. Disamping itu, mentaliti mahasiswa yang beranggapan bahawa penglibatan mahasiswa dalam aktiviti berpersatuan akan menjejaskan pencapaian akademik perlu dikikis dan dihakis segera. Hal ini kerana, mahasiswa yang bergiat aktif ini didapati lebih bijak dalam menyusun atur jadual harian kehidupan mereka di universiti untuk memberi komitmen dengan aktiviti persatuan serta tanggungjawab menuntut ilmu yang tidak boleh dilupakan sama sekali.

Umum mengetahui, dalam menempuh dunia pasaran pekerjaan kelak, mahasiswa wajar melengkapkan diri mereka dengan pelbagai kemahiran-kamahiran insaniah seperti kemahiran komunikasi, tingkah laku, keyakinan diri dan lain-lain. Justeru itu, suka untuk memetik kata-kata Prof Dato’ Dr Ir Zaini Ujang, Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia, dalam bukunya Menghayati Budaya Ilmu, beliau menyifatkan bahawa graduan yang ideal ialah mereka yang memiliki kemahiran berfikir, keupayaan berhujah, kesantaian berkomunikasi mengikut pelbagai dimensi dan perseptif, pencinta ilmu dan pemburu kebenaran, berperwatakan mulia dan mahir dalam pencarian ilmu. Dengan kemahiran ini, para graduan universiti mampu mengharungi pelbagai situasi dan memasuki pasaran kerja dengan lebih selesa berbanding dengan graduan ‘pasang siap’ yang lebih menumpukan kepada beberapa kemahiran teknikal dan amalan professional tertentu yang kadangkala lemah pula dari segi kemahiran berfkir, komunikasi dan mesra ilmu. Percaya dan yakin, bahawa aspek-aspek ini amat bernilai malahan satu ‘kredit besar’ untuk graduan universiti tersebut untuk bersaing secara sihat dengan calon-calon lain terutama semasa temuduga.

Fakta yang perlu diakui, Malaysia adalah antara negara yang memiliki pulahan institusi pengaijian tinggi pada masa ini. Dengan wujudnya 20 buah institusi pengajian tinggi awam (ipta) serta penubuhan institusi pengajian tinggi swasta (ipts) yang ibarat cendawan tumbuh selepas hujan telah berlakunya kadar peningkatan bilangan graduan universityi sebanyak 10% saban tahun berbanding senario pada 20 tahun yang lalu. Penambahan bilangan institusi penajian tinggi adalah satu indikator positif yang dimainkan oleh pihak kerajaan selaras dengan aspirasi nasional iaitu merancang untuk melahirkan 40% daripada warganegaranya adalah mereka yang berpendidikan tinggi menjelang tahun 2020. Disamping itu, kerajaan juga perlu melakukan peningkatan drastik terhadap peluang pekerjaan khususnya pada sektor kerajaan sejajar dengan penambahan garduan universiti pada masa kini. Dengan nada yang berbeza, penambahan 2.5% peluang pekerjaan dilihat tidak lagi mampu menampung lambakan graduan universiti yang akhirnya menyebabkan ramai graduan yang menganggur serta memberi impilaksi negatif kepada sosial masyarakat. Oleh itu, isu graduan yang ‘mundar-mandir’ mencari pekerjaan tidak boleh disalahkan keatas diri mereka semata-mata.

Percaya dan yakin, tempoh pengajian selama empat tahun di universiti bukanlah satu jangka masa yang lama. Selain daripada memberi keutamaan terhadap aspek akademik, mahasiswa wajar untuk mengambil kesempatan yang tersedia di universiti dalam mempelajari ilmu yang mampu menggilap kemahiran-kemahiran insaniah mereka. Intihannya, mahasiswa yang bijak tidak akan sekadar ‘melalui’ sahaja empat tahun kehidupannya di universiti, tetapi mereka akan ‘menikmati’ sepenuhnya akan kehidupannya disini. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Thursday, January 27, 2011

environment vs development

Pada era kesejagatan kini, dalam usaha menghambat kemajuan dan pembangunan sesebuah negara, kegiatan ekonomi dan projek-projek pembinaaan tanpa limitasi tidak dapat dielakkan oleh manusia. Intihanya, pemasalahan-pemasalahan alam sekitar akan timbul dek pelaksanaan aktiviti ekonomi serta projek pembangunan yang tidak dirancang dengan sistematik.

Umum mengetahui bahawa kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modenisasi secara terburu-buru semakin mendesak, secara tidak langsung mengakibatkan berlakunya pencemaran yang semakin berleluasa. Pada masa yang sama, impak-impak negatif ini turut menggugat kesihatan manusia, sumber-sumber ekonomi dan kemandirian bumi. Justeru, bagi mengurangkan pemasalahan yang timbul keatas alam sekitar, setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan wajar diseimbangkan dengan usaha pengurusan yang teratur.

Masyarakat kini perlu sedar bahawa indeks pencemaran dunia kini telah mencapai pada tahap kritikal. Kesan rumah hijau, pulau haba, hujan asid, penipisan lapisan ozon adalah diantara bukti nyata bahawa bumi kini kian diancam kepupusan disebabkan pencemaran. Justeru itu, langkah-langkah penjagaan alam sekitar perlu dilaksanakan dengan segera. Bak kata pujanga, jangan terhantuk baru terngadah. Tindakan dan usaha memelihara dan memuliharaa alam sekitar perlu dimainkan oleh pelbagai pihak dan bukan hanya digalas oleh badan-badan tertentu sahaja seperti majlis pembandaran daerah disesuatu kawasan.

Rata-rata sedia maklum, bahawa pada 16 hingga 18 Disember 2009 lalu telah diadakan satu sidang perubahan iklim yang berlangsung di Copenhagen, Denmark. Persidangan yang dihadiri oleh ketua-ketua negara anggota Persatuan Bangsa Bersatu ( PBB ) telah diadakan bagi mendapatkan konsensus meluas akan tindakan proaktif yang perlu diambil pada semua peringkat untuk menangani isu perubahan iklim demi mengelakkan bencana yang boleh menimpa manusia sejagat. YAB Datuk Seri Najib B Tun Abdul Razak yang turut hadir sebagai wakil negara turut menunjukkan riaksi positif terhadap segmen Peringkat Tinggi persidangan perubahan iklim PBB ini, lantas secara tidak langsung menyatakan bahawa masyarakat di Malaysia amat memandang serius akan fenomena ini dan bersedia untuk memberi kerjasama dari masa ke masa.

Hakikat yang perlu diakui, bahawa segala kejadian baik mahupun buruk yang berlaku di muka bumi ini adalah berpunca daripada tindak-tanduk manusia itu sendiri. Sehubungan itu, timbul satu persoalan yang perlu difikirkan bersama iaitu wajarkah kita membiarkan alam sekitar terjejas begitu sahaja, semata-mata untuk mengejar kemajuan fizikal.

mahasiswa dan assignment

Pada hemat saya, tindakan para pelajar melakukan sesuatu tugasan yang diberi oleh pensyarah samada pada awal waktu mahupun sebaliknya adalah isu peribadi pelajar itu sendiri. Mungkin ada yang berpendapat, bahawa setiap pelajar khususnya di institusi pengajian tinggi mempunyai gaya dan corak pembelajarannya masing-masing. Dengan nada yang berbeza, mereka lebih berasa selesa untuk mengatur ‘plan’ pembelajaran sendiri tanpa terkongkong dengan mana-mana jadual belajar.

Pada pemerhatian saya, rata-rata pelajar lebih gemar untuk melakukan tugasan kerja pada saat-saat akhir dengan memberi alasan memerlukan waktu yang sesuai untuk melaksanakannya. Dalam masa yang sama, mempunyai kerja sampingan yang perlu didahulukan turut dijadikan helah oleh pelajar-pelajar yang sering bertangguh kerja ini. Sudah terang lagi bersuluh, hampir 90 % hasil tugasan kerja yang dilakukan pada saat-saat akhir didapati kurang berkualiti dan tidak kemas. Hal ini kerana, pelajar-pelajar berkenaan dipercayai akan melakukan tugasan yang diberi dengan sambil lewa kerana kesuntukan masa. Paling mengecewakan, adakalanya pelajar tersebut turut tersasar akan tarikh penghantaran tugasan yang telah ditetapkan oleh pensyarah.

Gejala kurang sihat segelintir pelajar yang menciplak hasil tugasan kerja rakan-rakan merupakan jalan singkat yang kerap diambil oleh pelajar yang melakukan tugasan pada saat-saat akhir. Atitud sedemikian tidak wajar dilakukan dalam kalangan pelajar. Hal ini demikian kerana, pelajar-pelajar yang melakukan plagiat terhadap hasil kerja rakan-rakan tidak mendapat sebarang hasil yang positif daripada tugasan kerja yang diberikan. Mungkin tanpa disedari, tindakan kurang bijak yang diamalkan ini akan memberi implikasi negatif dalam peringkat jangka masa panjang kelak. Sebagai contoh, pelajar sedemikian sering kali menghadapi masalah ditempat kerja disebabkan tidak begitu mahir untuk melaksanakan tugasan yang diberi oleh majikan.

Umum mengetahui, bahawa tindakan melaksanakan tugasan yang diberi pada saat-saat akhir hanya mengundang kesan buruk terhadap diri sendiri. Sehubungan itu, para pelajar disarankan agar lebih cerdik dalam mengatur masa untuk melaksanakan tugasan kerja yang dipertanggungjawabkan. First thing first..

dunia kampus

Dalam masa terdekat ini, pilihan raya kampus (prk) akan sekali lagi diadakan bagi mahasiswa memilih wakil-wakil mereka untuk ditempatkan dalam kebinet mahasiswa diperingkat universiti. Bagi calon-calon yang telah disenaraikan untuk bertanding kali ini, sudah pasti pelbagai persiapan fizikal mahupun mental sedang dilakukan untuk menghadapi apa jua kebarangkalian yang mungkin terjadi semasa prk nanti. Rata-rata sedia maklum, bahawa prk merupakan simulasi bagi pilihan raya umum ( pru ) iaitu medan untuk memilih wakil-wakil rakyat bagi penggal baru. Justeru, tidak hairanlah apabila terdapat satu dua unsur seakan-akan senario sebenar yang berlaku semasa pru itu turut berlaku didalam prk ini. Tambahan pula, bagi mahasiswa yang begitu cakna akan isu politik kampus, mereka pasti mengetahui akan kewujudan dua buah pihak yang saling bersaing secara sihat untuk mengetengahkan wakil-wakil mereka semasa prk itu nanti.

Umum mengetahui, amanat dan mandat yang digalas oleh pemimpin mahasiswa amat mencabar. Hal ini kerana, mereka bukan sahaja diminta untuk melaksanakan kerja-kerja pentadbiran organisasi malahan fokus akademik turut perlu diberi keutamaan. Rentetan itu, pemimpin mahasiswa perlu bijak dalam menyusun atur masa mereka diantara tugasan akademik mahupun tindakan sebagai pemimpin mahasiswa. Golongan mahasiswa, perlu melihat daripada implikasi jangka masa panjang, bahawa apa yang dilalui oleh pemimpin mahasiswa sebenar bukanlah satu perkara yang merugikan semata-mata, malahan mereka ini berpeluang untuk memperolehi sesuatu aset yang jarang dikecapi oleh puluhan ribu mahasiswa yang lain.

Hakikat yang perlu diakui bahawa pemimpin mahasiswa adalah ikon terbaik kepada rakan-rakan mereka. Dalam masa yang sama, mereka juga turut dianggap duta kecil dalam mempromosikan nama universiti diperingkat nasional khususnya dan antarabangsa amnya. Rata-rata sedia maklum, suara siswa merupakan salah satu platform berkualiti dalam memberi ruang dan peluang kepada pemimpin mahasiswa universiti awam mahupun swasta untuk berkonsgsi hujah dan saling bertukar pandangan akan satu-satu isu yang dibincangkan. Terpegun melihat akan lontaran hujah yang berani daripada saudara Mohd Zaki bin Omar mengenai perihal isu festival busana muslim yang dirasmikan oleh Datin Seri Rosmah Mansor. Dalam laman blognya, beliau yang merupakan presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa, Universiti Teknolgi Malaysia dengan lantang menegur akan tatacara pemakaian isteri perdana menteri itu yang tidak selari dengan tema majlis semasa menghadiri festival tersebut. Sifat keberanian untuk berkata benar itu memang wajar dipuji oleh pemimpin mahasiswa yang lain.

Dalam era kesejagatan kini, pemimpin mahasiswa perlu bijak untuk membawa agenda dan tidak terbawa-bawa untuk mengetegahkan isu-isu remah semata-mata. Oleh hal yang demikian, pemimpin mahasiswa perlu melakukan perubahan holistik untuk membantu pentadbiran universiti bagi mengapai kecemerlangan dalam segala aspek. Tertarik melihat kehebatan pemimpin mahasiswa di universiti Havard, Amarika Syarikat dimana barisan kepimpinan mahasiswa di universiti tersebut turut sama-sama mengembleng idea bagi membantu kepimpinan negara mereka. Justeru itu, tidak hairanlah sekiranya presiden negara itu kerap ‘turun padang’ ke universiti tersebut bagi berdiskusi untuk memajukan negara. Perlu lihat disini, bahawa betapa kuatnya pengaruh pemimpin mahasiswa di universiti tersebut untuk membantu kepimpinan negara. Intihanya, pemimpin mahasiswa di universiti-universiti tempatan harus memainkan perananan yang besar bagi mencorak masa depan negara.

Pemimpin mahasiswa yang bagus adalah mereka yang tidak hanya pandai berkata-kata sahaja, tetapi mereka harus mempunyai output kerja yang memuaskan setanding dengan apa yang dibicarakan. Percaya dan yakin, bahawa pengundi juga telah matang dalam memilih wakil-wakil mereka. Kini, paras rupa bukan lagi ‘tiket’ untuk membolehkan mereka berada dikerusi empuk kabinet mahasiswa. Pengalaman kerja berpersatuan, kredibiliti diri yang ditampilkan dan pencapaian akademik yang memberangsangkan adalah elemen-elemen yang wajar diberi penilaian utama. Hakikat yang perlu diakui, bahawa tidak perlu timbul sebarang kegusaran dalam diri akan pemimpin yang dipilih semasa prk itu samada ia datang dari mana-mana pihak, tetapi perkara yang perlu dititik berat adalah karisma dan personaliti calon untuk dijadikan role model dalam pelbagai elemen kepada mahasiswa lain.

Pemimpin mahasiwa universiti akan silih berganti, tetapi nama majlis perwakilan mahasiswa akan terus kekal sebagai medium bagi melahirkan barisan kepemimpinan untuk negara kelak. Oleh itu, segalanya bergantung kepada kebijaksanaan mahasiswa/pengundi semasa memilih pemimpin mereka kelak. Bak kata pujangga, sesunggunhnya, jatuh bangunnya sesebuah negara itu kelak bergantung kepada muda mudinya pada hari ini, Saidina Ali bin Abi Talib KW. Renung-renungkan dan selamat beramal.

mereka adalah kita

Mat rempit…

Seperkara yang wajar diketahui, bahawa mat rempit bukanlah satu persatuan, kelab mahupun pertubuhan NGO, tetapi mat rempit merujuk kepada individu yang melakukan salah laku lumba haram dijalan raya. Hal ini kerana, tiada sebarang pendaftaran keahlian dikenakan keatas mana2 individu yang bergelar mat rempit. Dengan erti kata lain, setiap individu yang memiliki motosikal mempunyai kebarangkalian untuk menjadi mat rempit, dan kebarangkalian itu menjadi realiti sekiranya pemilik motosikal itu melibatkan diri dalam aktiviti lumba haram antaranya.

Isu mat rempit perlu diihat dari konteks anak bangsa. Umum mengetahui, hamper 99% mat2 rempit merupakan bangsa melayu khususnya. Secara tidak langsung, ia akan memberi implikasi negatif kepada negara dalam memanifistasikan modal insan untuk menerajui negara kelak. Persoalannya, kepada siapakah pemasalahan ini perlu ditujukan ? Wajarkah ibubapa itu dipersalahkan sepenuhnya, ataupun sistem pendidikan negara yang tidak relevan dalam membentuk seorang pelajar mengikut peredaran zaman dan mungkinkah disebabkan persekitaran yang sering dimomokkan dengan budaya2 yang kotor.

Suka saya untuk mengajak kalian untuk berfikir sejenak akan pembikinan filem Remp-it dan Bohsia yang disajikan kepada masyarakat baru-baru ini. Pada dasarnya, objektif utama penghasilan filem2 sedemikian itu sungguh murni dan wajar dipuji. Hal ini kerana, filem2 tersebut dikatakan mampu memberi kesedaran kepada remaja2 akan kesan buruk dari tindakan mereka itu. Tetapi, hingga kesaat ini tiada sebarang penurunan kadar jenayah ditunjukkan meskipun keuntungan RM 4.2 juta telah berjaya dikumpulkan. Apakah yang boleh disimpulkan ? Berfikirlah secara logik, masakan dengan hanya menonton filem selama 2 jam mampu mengubah diri individu itu. Berpijaklah di bumi yang nyata.
Pemasalah golongan remaja kini semakin kritikal, mat rempit, minah tersepit, mat dadah dan minah dedah sudah menjadi rencah dalam sosial masyarakat kita. Apa maksudnya akan semua ini ?
Lu pikirlah sendiri !!! - Ahmad Nabil Ahmad, Johan Raja Lawak.